Monday, July 27, 2009

Mengumpul Dana Untuk Madrasah

Projek utama ku sekarang ialah mengumpul dana untuk melengkapkan prasarana madrasah tarbiyah peninggalan suamiku.

Misi ku yang pertama setelah melihat bagunan sekolah terbina ialah ingin melihat surau lama di ganti dengan surau baru. Maka setelah lebih setahun aku menerajui kempen memungut derma untuk bina surau dari orang ramai yang perihatin, maka ALhamdulillah pada bulan Februari 2009 Surau itu telah berdiri dengan megahnya. Aku amat bersyukur ke hadrat Ilahi. Hatiku puas dan berbuah bangga dengan prestasi rakyat Malaysia yang dermawan.


Kini misi ku seterusnya ialah memungut dana untuk membina rumah guru yang sangat mendesak. Pembinaan 2 buah rumah guru memerlukan dana lebih kurang RM 100,000.

Alhamdulillah kempen ini semakin rancak setelah berjaya mengumpul dana membina surau madrasah yang baru.

Bagi sesiapa yang ingin menderma sila masukan sumbangan ke dalam akaun 'dana untuk pembinaan rumah guru Madrasah tarbiyah Islamiyah ' di bank BSN Account No: 04013-41-00002118-9 atas nama Hajah Saanah binti Abdul Hamid , no hp; 012- 2237232

No comments:

Post a Comment